Pengikut:

Home » » Siapa yang bersalah dalam kes Adik Aminrulrasyid

Siapa yang bersalah dalam kes Adik Aminrulrasyid

Written By Pentadbir on Selasa, 27 April 2010 | 11:42 PTG

Takziah kepada keluarga Allahyarham Aminul.
rujuk KOSMOS

Salah atau tak salah remaja atau polis adalah perkara kedua.

1. Tindakan arwah memandu tanpa lesen sebenarnya salah tetapi kesalahan tersebut hanya perlu disaman termasuk orang yang memberikan kebenaran menggunakan kenderaan tersebut.

2. Tindakan polis menembak mungkin bersebab namun perlu dijalankan siasatan yang rapi kerana walaupun pihak polis mempunyai kebenaran menggunakan senjata api tidak bermakna mereka boleh menggunakannya sesuka hati. Mereka harus bertanggungjawab di atas sebarang tindakan mereka.

Perkara pokok yang perlu diambil perhatian:
1. Bagaimana seorang remaja 15 tahun dibenarkan memandu kereta tanpa pengawasan orang dewasa yang mempunyai lesen memandu yang sah?
2. Bagaimana seorang remaja bebas bersiar pada jam 2 pagi? (ingat kempen "Tahukah dimana anak anda berada sekarang?")
3. Apakah tanggungjawab ibubapa atau adik beradik yang lebih tua dari mereka dalam mendidik remaja-remaja seperti ini?

Cuba kita bandingkan dengan kes seperti dibawah ini:
Seorang remaja yang sedang menunggang motorsikal tanpa lesen dan tanpa topi keledar mati dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu laju dijalan kampung (peristiwa berlaku di Ijok satu ketika dahulu).

Remaja tersebut perlu diberikan saman kerana menonggang tanpa lesen dan topi keledar.

Pemandu kenderaan itu pula harus didakwa kerana kecuaiannya memandu

TETAPI REMAJA TERSEBUT TETAP TELAH TERKORBAN!

Adakah ibubapa sekarang sengaja membiarkan anak mereka bebas dan menjadi mangsa supaya mereka boleh menuntut insuran atau gantirugi? Kalau betul, MasyaAllah!
Share this article :

0 comments:

Catat Ulasan

Gerbang Kehidupan. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Gerbang Kehidupan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger