Pengikut:

Home » » Kerana Mulut Cinta Binasa

Kerana Mulut Cinta Binasa

Written By Pentadbir on Khamis, 14 Februari 2013 | 1:35 PTG



Dah begitu lama tak menulis di sini. Pada mulanya aku ingin meletakkan post aku di blog Lirik, Lagu Dan Puisi tetapi aku rasa lebih sesuai untuk diletakkan di sini. Bukan niat aku nak memalukan sesiapa tetapi kisah ini perlulah diambil iktibar dalam GERBANG KEHIDUPAN kita.

Mungkin ramai yang mengikuti kisah artis ini dan mempunyai pandangan yang tersendiri. Sebagai peminat seni, aku juga memerhatikan sahaja kisah yang berlaku tetapi akhirnya aku rasa perlu untuk bercerita. Terlalu banyak komen-komen yang aku baca di blog dan facebook. Ada yang pro dan ada yang kontra.

Apabila timbul kisah cinta kedua artis ini, aku rasa sungguh kagum dengan keberanian mereka tidak merahsiakannya. (Sila rujuk di SINI) Tidak seperti ramai artis yang bersikap hipokrit menyembunyikan kisah sebenar dan menafikannya. Tetapi kemelut bermula dari sikap tidak memikirkan perasaan orang lain.

Sharnaaz ternyata ingin mempamirkan kematangannya dengan sikap ingin memantau Shila Hamzah walaupun mereka berdua masih belum mempunyai sebarang ikatan rasmi dengan alasan dia merasa bertanggungjawab terhadap bakal isterinya itu.

Ternyata kenyataan-kenyataan terbuka beliau tidak disenangi oleh ND Lala. Sebagai seorang bapa kepada seorang selebriti yang semakin menjulang namanya sudah tentu ND Lala merasa tersinggung. Kata-kata Sharnaaz mungkin dirasakan mencabarnya seolah-olah ND Lala tidak mampu mengawal dan mendidik Shila. Bukankah ini melibatkan maruah seorang bapa? Walaupun sudah bertunang sekalipun, hanya bapa dan saudara lelaki (sekiranya ada) sahaja yang berhak mengawal seorang anak perempuan. Apabila telah menjadi isteri baharulah tanggungjawab tersebut diserahkan kepada suami perempuan tersebut.

Apakah ND Lala menyekat hubungan Shila dengan Sharnaaz? Baca di SINI dan di SINI.

Alasan ND Lala sering mengelakkan diri ketika Sharnaaz merancang untuk merisik Shila juga tidak dapat diterima. Mungkin ND Lala mempunyai alasan tersendiri tetapi sebagai seorang lelaki, beragama Islam dan berbangsa Melayu, Sharnaaz seharusnya tahu apa yang perlu dilakukan. Dia hanya perlu menghantar wakil yang terdiri daripada keluarganya untuk merisik bukannya bercakap kepada akhbar. Sekiranya gagal menemui ND Lala maka dia akan mencubanya berkali-kali.

Ikutlah secara beradat. Ada orang Melayu ialah merisik, meminang dan seterusnya bernikah. Begitu juga dengan hukum agama walaupun dalam agama tiada rombongan yang menjunjung sireh atau sebagainya. Sekiranya gagal, adat Melayu juga menganjurkan cara yang lebih aggresif seperti yang tersebut dalam pantun di bawah: Baca di SINI dan di SINI
  • Tanam pinang rapat-rapat
  • biar senang puyoh berlari
  • bila kupinang pinang tak dapat
  • kupujuk pujuk kubawa lari.
Perkara seperti ini bukan tidak pernah terjadi di kalangan artis apabila tidak mendapat restu keluarga. Cuma pasangan tersebut perlu menghadapi akibat dari tindakan mereka. Sekiranya pandai mereka melayari baktera dan pandai mereka memujuk hati keluarga, insyaAllah.

Aku rasanya ND Lala telah mendidik Shila dengan baik dan berhemah yang pun pernah mendapat didikan di sekolah Cina. Beliau pernah memberikan teguran secara terbuka kepada kesilapan anaknya (baca di SINI). Bukan setakat perbuatannya dipantau malahan gurauan dan kata-katanya juga diperhatikan oleh seorang lelaki bernama bapa. Dan sebagai seorang selebriti yang tahu bahawa kisah hidupnya menjadi tontonan umum, Shila mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas perbalahan tersebut. Baca di SINI

Apabila ND Lala membuat kenyataan di dalam wawancara bersama akhbar, aku dapat merasakan terselit rasa kurang senang beliau dengan sikap Sharnaaz. Seolah-olah ada sesuatu sifat yang tidak disenangi oleh beliau dan Sharnaaz seharusnya cuba mencari kelemahan tersebut dan memperbaikinya. Tetapi, satu kenyataan SADIS pula yang terkeluar.

"Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia. Jadi, tanyalah tuan empunya badan sendiri." Baca di SINI

Melihat kepada kenyataan tersebut di atas dan beberapa kenyataan lain, ternyata sikap Sharnaaz bukan sahaja tidak disenangi oleh ND Lala malah kepada ramai ibubapa yang mempunyai anak perempuan. Sharnaaz mungkin terlupa bahawa apabila dia mengahwini seorang perempuan maka dia telah memasuki hidup keluarga perempuan tersebut. Ibu mertua adalah muhrim kepada menantu lelaki dan bapa mertua adalah muhrim kepada menantu perempuan. TIDAK BATAL AIR SEMBAHYANG.


Memang mengikut hukum, tanggungjawab seseorang anak perempuan terhadap kedua orangtuanya terlepas apabila mereka berkahwin TETAPI tanggungjawab tersebut beralih kepada bahu si suami. Adalah tanggungjawab si suami memastikan bahawa si isteri tidak derhaka kepada dirinya dan juga kepada orangtuanya juga!

Sebab itu aku rasakan ADAT ORANG SEMENDA dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan itu masih relevan untuk mengingatkan kita kepada tanggungjawab kita terhadap mertua.

Kepada Sharnaaz, jadikanlah ini sebagai satu pengalaman dalam kehidupan anda kerana apabila kita TELAH menjadi suami kepada seseorang, ketika itulah tanggungjawab kita menjadi semakin besar dan berat. InsyaAllah. Pengalaman mengajar kematangan dalam kehidupan.

Kepada Shila, aku harap beliau pasrah dengan Qada' dan Qadar Allah dan menghadapinya sebagai satu dugaan. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini seperti kata-kata beliau sendiri:
"Saya sentiasa percaya pada takdir dan ketentuan Ilahi, sekiranya baik maka dekatkannya kepada saya dan sekiranya buruk, jauhkanlah"

Jadikanlah kisah ini sebagai panduan dalam kehidupan kita samada kepada mereka yang akan mendirikan rumahtangga ataupun yang telah berumahtangga. InsyaAllah. Semoga Allah mempermudahkan kehidupan ini.








Share this article :

0 comments:

Catat Ulasan

Gerbang Kehidupan. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Gerbang Kehidupan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger