Pengikut:

Home » , » Kusangka INTAN rupanya KACA (Kaki Auta Cakap Auta)

Kusangka INTAN rupanya KACA (Kaki Auta Cakap Auta)

Written By Pentadbir on Selasa, 10 November 2015 | 1:00 PG

Semoga tiada insan lain juga tertipu. Hayatilah kisah benar ini dengan hati yang lapang dan terbuka. Kalau niat anda ingin berbuat baik, berpada-padalah dalam tindakan dan sentiasa berwaspada dengan tipu helah manusia. Semoga kisah ini akan menjadi panduan untuk mereka yang cuba berusaha menjadi insan yang membantu insan lain. Juga, anda boleh gunakan cara yang aku gunakan sekiranya ada juga menghadapi situasi yang sama.

Percayalah. Sekiranya niat kita betul, Allah akan memberikan ketenangan dan akal fikiran untuk kita menyelesaikan masaalah yang kita hadapi:

Aku mula mengenali S******l S****n dalam bulan August 2014. Ketika itu aku melihat dia menolak keretanya yang kehabisan minyak seorang diri di persimpangan Jalan Sultan Salahuddin dan Jalan Berjasa berhampiran dengan Ibupejabat Kementerian Kerja Raya. Atas dasar perihatin yang telah aku amalkan sejak dari zaman bujang semasa aku menunggang motorsikal dahulu, aku memberhentikan keretaku untuk membantu beliau.

Perkara yang pertama kami lakukan ialah menghantar isteri dan anaknya yang masih kecil ke tempat kerja isterinya di Jabatan ********** yang berhampiran yang juga mempunyai TASKA untuk anak pekerja-pekerja. Selepas itu kami ke Stesyen Petronas berhampiran Bandar Sentul dan kembali untuk mengisi petrol kereta beliau. Selepas memastikan kereta beliau dapat dihidupkan semula, kami singgah minum di gerai berhampiran Padang Merbuk untuk berbual-bual sebelum berpisah.

Seminggu selepas itu, aku dihubungi oleh S******l melalui pesanan WhatsApp berkenaan satu tawaran di tempat kerja beliau. Sila baca melalui imej di sebelah kiri ini. Anda hanya perlu klik sahaja imej tersebut untuk mendapat paparan jelas.

Maka pada 29/08/2014 kami berjumpa untuk perbincangan. Beliau datang dengan memakai pakaian seragam dengan lambang ***** tertera di bajunya.

Menurut beliau, beliau telah mendapat sokongan dari Ketua Jabatan beliau dan boleh mendapatkan tawaran tersebut. Masaalahnya ialah beliau kekurangan modal. Sekiranya beliau gagal untuk membekalkan keseluruhan bekalan maka tawaran tersebut akan diberikan kepada orang lain pula. Beliau meminta tolong aku untuk mencukupkan modal tersebut dengan menawarkan keuntungan seperti berikut.

Harga Jualan seunit RM600.00
Modal seunit RM250.00
Keuntungan untuk aku seunit RM250.00
Komisen untuk beliau seunit RM50.00
Komisen untuk Ketua Jabatan Beliau seunit RM50.00

Menarik, bukan? Keuntungan 100%! Bagi seorang tua berkelulusan SPM 1977 dari sekolah luarbandar, tawaran tersebut memang menarik kerana aku dapat membantu beliau di samping boleh terus membantu yang lain dengan keuntungan yang dijanjikan.

Memandangkan aku baru sahaja mengeluarkan simpanan KWSP aku untuk umur 55 tahun, aku rasa mungkin aku dapat membantu beliau dan berniat untuk memberikan separuh keuntungan yang akan aku perolehi ke rumah anak-anak yatim. Maka, aku bersetuju untuk menambah modal beliau sebanyak RM5,000.00 untuk 20 unit. Tambahan 3 unit selepas itu tidak dapat aku penuhi kerana pengeluaran aku telah sampai hadnya ketika itu.

Kemudian beliau katakan bahawa jabatannya mengarahkan bekalan tambahan sebanyak 12 unit yang pasti beliau sudah tidak ada modal lagi. Kononnya dengan bekalan tambahan tersebut maka proses pembayaran akan dapat dipercepatkan dan beliau benar-benar terdesak untuk mendapatkan pulangan modal dan keuntungan. Aku bersetuju untuk menambah RM3,000.00 lagi untuk 12 unit tersebut dan meminjamkan RM500.00 untuk kegunaan beliau sendiri yang sudah kehabisan duit. Pinjaman RM500.00 tanpa faedah kerana aku bukan ceti haram pun. Selepas dari hari itu aku mula bertanya perkembangan tawaran pembekalan tersebut tetapi beliau mula buat berbagai alasan.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk menyiasat sendiri dengan menghantar emel ke tempat beliau bekerja. Emel aku mendapat balasan meminta aku untuk menghadirkan diri ke pejabat.

Sebagai langkah keselamatan, aku terlebih dahulu membuat lapuran perlindungan diri dan keluarga kerana sebelum ini beliau pernah mengatakan bahawa beliau adalah seorang ahli persatuan persilatan. Selepas itu aku pun pergi ke jabatan tersebut dan berjumpa dengan pegawai bahagian akaun.

Memeranjatkan kerana menurut pegawai tersebut beliau telah diberhentikan kerja hampir dua tahun kerana menipu. Aku merupakan mangsa yang ketiga menurut mereka. Yang menariknya nama dan gambar beliau masih lagi tersenarai dalam lamanweb jabatan sehingga 22/06/2015. Hanya selepas aku memberitahu perkara tersebut maka pihak jabatan telah mengemaskinikan lamanweb mereka.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, aku telah menuntut balik wang aku sebanyak RM8500.00 dan tambahan RM1000.00 untuk gantirugi kesusahan yang aku lalui selama ini atau aku akan buat lapuran polis atas tuduhan Pemalsuan Dokumen Kerajaan untuk tujuan menipu. Aku menolak keuntungan yang dijanjikan iaitu sebanyak RM8,000.00 kerana ianya bukan satu keuntungan dari satu perjanjian perniagaan.

Sehingga ke saat ini 09/11/2015, beliau masih belum memulangkan duit aku sebanyak RM7,500.00 dan kerapkali memberikan berbagai alasan. Berjanji untuk bayar pada satu tarikh tetapi pada tarikh tersebut beliau akan minta tempoh baru.
.
Kisah ini belum habis lagi. Sekiranya segala yang berlaku tidak berkesudahan dengan baik, aku akan sambung cerita ini dengan semua Screenshot WhatsApp, salinan dokumen, nama sebenar, nama tempat kerja beliau, alamat rumah beliau, alamat rumah bapa beliau, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran kereta dan segala-galanya termasuk WAJAH SEBENAR beliau.

Tindakan seterusnya ialah:
  1. Aku akan viralkan ke semua nombor telefon, grup WhatsApp, Facebook, Tagged, StyleFM, Twoo, dan blog-blog aku yang lain secara berjadual dan berulang-ulang.
  2. Aku juga akan menghantar emel kepada semua staf di tempat kerja beliau dahulu untuk menjemput mereka ke sini membaca kisah benar ini.
  3. Aku akan mencetak pamplet seperti imej di sebelah ini dan mengedarkan ke dalam setiap peti surat di perumahan beliau. bapa beliau dan di tempat kerja isteri beliau.

Share this article :

0 comments:

Catat Ulasan

Gerbang Kehidupan. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Gerbang Kehidupan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger